AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

PERINTAH MENUTUP AURAT TANDA KASIH SAYANG ALLAH.

>> Sunday, March 1, 2009

Aurat dalam bahasa bererti ‘keaiban’. Ia bermaksud sesuatu yang memalukan. Maka, aurat adalah sesuatu yang memalukan pada diri seseorang. Ia adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup daripada pandangan orang ramai. Mendedahkannya boleh mendatangkan aib dan malu kepada seseorang. Orang yang tiada perasaan malu bermaksud dia sudah kehilangan sebahagian daripada imannya. Ini kerana malu itu sebahagian daripada iman.






Apa ertinya membuka aurat?


 Wanita muslimah yang tidak memakai tudung dan memakai pakaian ketat dan singkat.
 Wanita muslimah yang memakai tudung tapi memakai pakaian yang ketat dan singkat.
 Wanita muslimah yang memakai tudung tapi tidak melabuhkannya hingga menutup dada.
 Wanita muslimah yang memakai tudung dan baju yang longgar dan labuh tetapi tudung dan pakaian tersebut jarang.


Jadi, apakah yang dikatakan menutup aurat?

 Menutup semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan.
 Pakaian mestilah longgar, tidak menampakkan bentuk badan.
 Melabuhkan tudung hingga menutupi dada.
 Pakaian mestilah tidak jarang hingga boleh menampakkan susuk badan dan warna kulit.
 Tudung mestilah tidak jarang hingga boleh menampakkan rambut, tengkuk, dan leher.


Janganlah kita memandang wanita muslimah yang tidak memakai tudung dan yang memakai tudung labuh buruk akhlaknya, tapi cermin-cerminlah diri kita. Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita muslimah yang dituntut Islam ialah memakai tudung dan melabuhkannya sehingga menutupi dada. Selagi kita memandang keburukan manusia, selagi itu manusia tidak akan sedar kesilapannya.

Seandainya hujung jari kita dibakar api dunia pun sudah terasa sakitnya, seandainya ketulan ais dunia yang kita pegang sudah boleh mengecutkan pembuluh darah kita, mampukah kita menghadapi api neraka yang sangat hebat kepanasannya, yang sungguh hebat kesejukannya….??



0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP