AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Nokia kena tempias krisis ekonomi

>> Friday, February 20, 2009



DALAM keadaan penghantaran peranti mudah alih dunia yang semakin berkurangan, pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Nokia Inc turut merasakan tempiasnya apabila menutup satu daripada cabang penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Finland.


Nokia bercadang menutup pusat R&Dnya di Jyvaskyla dan meletakkan kakitangan terbabit di pusat lain, sambil menumpukan R&D bagi segmen peranti mudah alih di Tampere, Oulu, Salo dan Helsinki yang semua terletak di Finland.


Gergasi telekomunikasi itu juga dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran bagi kilangnya di Salo.


Nokia turut merancang untuk mengurangkan operasi di Jyvaskyla sedikit demi sedikit dan dijangka akan ditutup terus menjelang akhir 2009.

Kira-kira 320 kakitangan akan terbabit dan ia sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan di samping meningkatkan daya saing dan infrastruktur syarikat.

Penghantaran telefon bimbit Nokia mengalami pengurangan 15 peratus pada suku tahun keempat 2008 kepada 113.1 juta berbanding 117.8 juta pada suku tahun ketiga tahun yang sama.


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP