
*Apabila seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk.
*Mengambil wuduk. Kemarahan itu sebenarnya berpunca daripada syaitan dan syaitan dicipta …daripada.api.Gunakan air sembahyang untuk memadamkan api kemarahan.
*Menguruskan kemarahan adalah proses aktif membabitkan beberapa langkah iaitu :
O Seseorang itu perlu sedar tindakan atau kelakuannya apabila dia mula naik marah.
O Kenali dan cuba fahami kemarahan berkenaan.
O Belajar cara baru untuk menangani tekanan.
O Kuasa seni membuat pilihan bagi menangani kemarahan.
*Beli satu buku dan buat Jurnal Kemarahan.Isi kandungan Jurnal ialah :
O Bilang berapa kali kita marah dalam tempoh 24 jam lalu.
O Berikan pemarkahan ketika anda sedang marah.( 1-10 ).
O Selepas marah apa anda rasa ?
O Apakah yang terlintas sejurus sebelum anda rasa marah ?
O Berapakah agresifkah tindakan anda ketika berasa sangat marah ? Beri pemarkahan.( 1-10 ).
Jadi amal-amalkanlah petua ini jika anda seorang pemarah.

No comments:
Post a Comment