Cecacing Win32/Conflicker/Downadup akan menular ke setiap komputer melalui rangkaian dengan meletuskan vul nerability dalam perkhidmatan Windows Server (SVCHOST.EXE).
Jika ia merebak ke sistem perkomputeran, pengguna akan menghadapi masalah dengan fail yang dikongsi selain me nutup perkhidmatan produk keselamatan dan melemahkan kata laluan malah virus ini boleh disebarkan melalui pemacu mudah alih.

Oleh itu, SKMM menasihatkan pengguna mengambil lang kah berhati-hati termasuk memperbaharui sistem Microsoft Patch terbaru, mengemaskini perisian antivirus serta me ngimbas komputer, menutup sistem Autorun atau Autoplay bagi pemacu mudah alih dan memperkuatkan kata laluan.
SKMM juga menggalakkan pengguna agar melayari alamat

URL:
www.skmm.gov.my/what_we_do/ins/vaw.asp
untuk melihat panduan dipaparkan suruhanjaya terbabit.
No comments:
Post a Comment