Monday, April 13, 2009

Salin foto daripada fail PDF

DOKUMEN PDF amat penting memandangkan ia digunakan dalam transaksi data besar yang memudahkan pengguna mengurangkan saiz fail yang disertakan.


Namun kadang-kadang ketika kita perlu menyalin sebarang grafik yang terkandung dalam dokumen PDF, ia mungkin menggusarkan kepala tetapi usah risau kerana ada kaedah ringkas menyalin foto atau visual menggunakan kaedah berikut:


1. Buka mana-mana fail yang disimpan.

2. Gunakan 'SnapShoot Tool' terletak di tengah-tengah antaramuka Adobe Reader.

3. Klik pada ikon kamera itu dan pilih visual yang hendak digunakan.

4. Kemudian hanya tampal di mana-mana dokumen seperti Microsoft Word, Paint dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment