Sunday, March 1, 2009

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah
berkata :





"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka
jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun
padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat
mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"

Seterusnya aku bertanya:
" Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya,
dia tidak mengucap selawat ke atasku."



No comments:

Post a Comment