Thursday, December 18, 2008

Strategi seorang pelajar Muslim di hari peperiksaan



*Bertahajjud (mengadap) kepada Allah dengan niat yang ikhlas bahawa peperiksaan yang dihadapi ini demi memberi kan khidmat kepada ummah dan Negara.

*Mulakan hari peperiksaan dengan sembahyang Subuh berjamaah, wirid zikir,@ ma’thurat kemudian bacalah apa yang mudah dari Al-Quran. Sebaik-baiknya surah Yassin.


*Ulangkaji subjek peperiksaan itu secara ekspress
kemudiaan solat sunat dua rakaat mohon Allah perkenankan hajat dan permudahkan disaat peperiksaan.

*Minta ibu bapa dan orang soleh berdoa untuk antum.


*Hendaklah sentiasa beristighfar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat peperiksaan.

*Mulakan menjawab dengan penuh thiqah (kepercayaan) kepada Allah, jangan tergopoh-gapah menjawab soalan. Setelah selesai menjawab, semak semula jawapan dan pastikan semua soalan dijawab.

No comments:

Post a Comment