Kenapa assignment tak siap? “Jiran saya ada kenduri semalam Encik.” Kenapa tak datang kelas semalam? “Kawan-kawan tak beritahu saya ada kelas Encik.” Kenapa gagal dalam ujian ni? “Encik ajar tak jelas. Lagi pun saya memang lemah sikit subjek ni.” Semakin banyak kita gunakan keupayaan kita untuk mencipta alasan, semakin kurang keupayaan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, kita akan sentiasa tersekat di takuk lama. Setiap kali ada masalah, elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Cari kesilapan dari dalam diri sendiri dahulu kerana di situlah selalunya punya kebanyakan masalah kita. Bila kita sudah akui kesilapan kita, lebih mudahlah untuk kita perbaiki dan majukan diri kita sehingga berjaya.
No comments:
Post a Comment