Monday, December 22, 2008

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:






1- Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2- Seseorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3- Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4- Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5- Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6- Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7- Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8- Seseorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10- Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.





No comments:

Post a Comment